the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes SRC: Tetuan Shafee & Co diberhentikan daripada wakili Najib, ZIST dilantik peguam baharu

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberhentikan dengan serta- merta Tetuan Shafee & Co daripada bertindak sebagai peguam yang mewakilinya dalam rayuan-rayuan jenayah membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.

Perkara itu dimaklumkan melalui surat yang dialamatkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini, yang diperoleh pihak media.

Menurut surat yang ditandatangani peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan bahawa pihaknya menerima sesalinan surat berhubung perkara itu daripada bekas perdana menteri itu, semalam (25 Julai) pukul 5 petang.

Katanya menerusi surat yang sama, Najib telah memaklumkan bahawa beliau telah melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguam cara baharu.

“Sehubungan dengan itu, pihak kami sedang berusaha melengkapkan proses penyerahan dokumen secara fizikal dan digital kepada ZIST yang dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya hari ini.

“Untuk makluman mahkamah, salinan digital bagi kesemua rekod rayuan kertas kausa bagi permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan, dan kertas kausa bagi meminda notis usul telahpun diserahkan kepada ZIST pada 5 Julai lepas dan mereka juga telah dimaklumkan mengenai tarikh-tarikh yang berkaitan dengan rayuan-rayuan ini,“ kata Muhammad Shafee dalam surat itu.

Tetuan Shafee & Co mewakili Najib dalam kes SRC sejak Ahli Parlimen Pekan itu dituduh di mahkamah pada 4 Julai 2018.

Pada Mei lepas, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Najib dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan merupakan jalan terakhir bagi Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengemukakan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan dana SRC International. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings