the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sahkan rakyat M’sia disyaki terlibat kes makmal proses syabu ditahan dI Indonesia

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia pada bulan lepas disyaki terlibat dalam kes makmal memproses syabu di Batam.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A Skandaguru berkata bagaimanapun suspek bukan pegawai polis seperti yang didakwa dalam video yang tular menerusi berita TVOneNews di saluran YouTube mengenai penahanan itu.

“Hasil semakan mendapati suspek yang ditahan tersebut tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, sukarelawan polis atau polis bantuan.

Rekod turut mengesahkan suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis,“ katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya, PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung kes terbabit dan bersedia menyalurkan maklumat yang diperlukan dalam usaha membanteras jenayah narkotik.

Terdahulu, tular video di media sosial mengenai penahanan tiga suspek lelaki yang mana seorang daripada mereka merupakan warganegara Malaysia dan didakwa seorang pegawai polis. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings