the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam gagalkan cubaan seludup ketamin bersama pelbagai jenis kacang di KLIA

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup 245 kilogram ketamin dianggar bernilai RM13.48 juta yang disorokkan bersama pelbagai jenis kacang dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 4 Julai lepas.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan berkata sepasukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah menyita 42 kotak mengandungi 49 bungkusan plastik berisi bahan kristal disyaki ketamin dalam pemeriksaan kira-kira 11 malam di Kompleks Kargo Udara KLIA itu.

“Modus operandi sindiket ini ialah mengikrarkan barang mengandungi dadah itu sebagai Haricot Verts (kacang hijau) sedangkan di dalamnya terdapat bungkusan pelbagai jenis kacang bercampur serbuk kristal disyaki dadah berbahaya.

“Siasatan awal mendapati dagangan itu dieksport dari sebuah negara di Eropah kemudian transit di negara Timur Tengah sebelum mendarat di KLIA sebagai destinasi terakhir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hasil risikan mendapati pengimport memalsukan pengikraran semasa proses pengimportan sekali gus menyukarkan tangkapan dibuat ke atas pengimport dagangan tersebut.

Menurutnya rampasan tersebut merupakan terbesar direkodkan setakat tahun ini dan dadah itu disyaki untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Zazuli berkata sejak Januari hingga kini, JKDM telah menumpaskan cubaan menyeludup pelbagai dadah seberat 1.03 tan metrik bernilai RM20.48 juta.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings