the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Juruteknik mengaku tidak bersalah pandu secara melulu, sebabkan kematian pasangan OKU

JASIN: Seorang juruteknik kilang hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian pasangan suami-isteri Orang Kurang Upaya (OKU), bulan lepas.

Amirul Anwar Mohamed Jelani, 24, didakwa memandu sebuah kereta secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 46, yang menunggang dan membonceng motosikal ketika itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Serkam Pantai-Merlimau di sini pada 7.45 pagi pada 6 Jun lepas dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999).

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar menawarkan jaminan RM30,000 dan memohon lesen memandu tertuduh digantung.

Bagaimanapun peguam Mohd Fadzlullah Ramlee memohon jaminan minimum dikenakan terhadap anak guamnya.

Mohd Fadzlullah berkata ia memandangkan anak guamnya menetap di Melaka dan telah memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan selain menjaga ayahnya yang kurang sihat.

Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 dengan dua orang penjamin serta syarat tambahan, lesen tertuduh digantung dan menetapkan 29 Ogos untuk sebut semula kes.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings