the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Juara bertahan Siti Zalina-Emma Firyana kandas di separuh akhir

BIRMINGHAM: Gandingan Siti Zalina Ahmad(gambar) dan Emma Firyana Saroji gagal mempertahankan pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila tumpas di peringkat separuh akhir acara pairs wanita hari ini.

Dalam pertarungan sengit berlangsung hingga 18 end di Victoria Park, Leamington Spa itu, pasangan negara terpaksa akur di tangan wakil Australia, Kristina Krstic dan Ellen Ryan, 10-13.

Berikutan kekalahan itu, Siti Zalina-Emma Firyana akan berdepan Selina Goddard-Katelyn Inch dari New Zealand bagi penentuan pingat gangsa, esok.

Jurulatih negara, Nor Hashimah Ismail berkata walaupun pasangan negara itu gagal mempertahankan pingat emas dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, kedua-dua pemain kebangsaan itu menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang saingan di sini.

“Kita bermain dengan baik tetapi nasib tidak menyebelahi kita hari ini. Saya berharap prestasi yang ditunjukkan mereka sebelum ini dapat diteruskan untuk meraih pingat gangsa esok,” katanya.

Sementara itu, cabaran skuad boling padang negara turut berakhir dalam acara fours lelaki setelah kecundang di peringkat suku akhir hari ini.

Pasukan negara dibarisi Muhammad Idham Amin Ramlan, Izzat Shameer Dzulkeple, Mohamad Syamil Syazwan Ramli dan Muhammad Soufi Rusli tumpas 10-16 kepada skuad England.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings