the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Serah sepenuhnya kepada JHEAIK siasat amalan khurafat di Gunung Jerai: Sanusi

SIK: Kerajaan Negeri Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) menyiasat sama ada berlaku aktiviti khurafat atau sebaliknya yang berlaku di Gunung Jerai dekat Yan seperti tular melalui media sosial baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya tidak mahu sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum yang amalan mandi di Telaga Tok Syeikh itu sebagai khurafat kerana ia bergantung terhadap niat seseorang individu itu berbuat demikian.

“Mandi tak khurafat, mandi ok saja macam mandi di Telaga Tok Syeikh sama macam mandi di rumah dan air terjun. Sama saja yang mana dua-duanya guna air, niat itu apa, kalau saja aku mandi ka, mandi saja-saja ka, dua-dua itu boleh.

Ada orang yang naik meratib, naik bertapa, ada orang naik (untuk) rekreasi, ada orang anggap air telaga ini boleh buat ubat…jadi saya serah kepada pihak berkuasa untuk siasat benda-benda macam ini,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Klip video yang berdurasi selama satu minit itu antara lain memaparkan amalan mandi dan berwuduk di Telaga Tok Syeikh sebelum mereka dipercayai menaiki gunung itu untuk melakukan ritual seterusnya.

Muhammad Sanusi berkata aktiviti yang bertentangan dengan syariat Islam tidak semestinya berlaku di atas Gunung Jerai sahaja malah kemungkaran yang berlaku “di bawah” lebih banyak.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri terpaksa menangguhkan kerja membaik pulih saluran paip dasar laut yang bocor membabitkan peruntukan RM50 juta sehingga pengauditan integriti saluran paip itu selesai.

Katanya audit itu perlu dilakukan untuk memastikan kerja baik pulih saluran paip dasar laut dari tanah besar ke Langkawi tersebut akan lebih efisien selain mengelakkan daripada berlakunya kebocoran baharu.

“Jika kita tidak menjalankan audit integriti pada saluran paip, terdapat risiko tekanan air yang kuat akan menyebabkan kebocoran baharu pada saluran paip. Jadi, kita perlu menjalankan audit terlebih dahulu supaya kita boleh yakin saluran paip ini selamat untuk kerja pembaikan, jika tidak kita akan membazir RM50 juta yang dibelanjakan untuk membaik pulih 23 lubang sedia ada di sepanjang saluran paip itu,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri sudah memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan audit itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Government studies B50 biodiesel plan amid depot upgrade costs

The government will study B50 biodiesel feasibility amid significant costs for upgrading blending depots, says KPK.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings