the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syarikat swasta terlibat SEMy2030 diberi pengecualian cukai pendapatan

KUALA LUMPUR: Syarikat swasta yang turut serta menjayakan usaha memperkasakan perusahaan sosial di bawah Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy2030), akan diberikan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Tan Sri Noh Omar(gambar) berkata pengecualian itu adalah antara faedah yang ditawarkan kerajaan untuk menggalakkan pihak swasta memberi bantuan sosial kepada golongan rakyat yang memerlukan.

Katanya walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan selama ini, namun sokongan daripada pihak swasta masih diperlukan bagi memberi pembelaan berterusan kepada mereka.

“Untuk itu, syarikat swasta boleh menawarkan sebagai contoh penduduk kampung untuk menghasilkan produk jahitan mereka dan kerana usaha itu, syarikat akan mendapat faedah daripada kerajaan seperti dikecualikan daripada cukai pendapatan bagi beberapa tempoh tertentu.

“… tetapi bagi membolehkannya mendapat pengecualian, kami akan buat penilaian dahulu kepada syarikat,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy2030) di sini hari ini.

Noh berkata KUSKOP tidak menetapkan sebarang kriteria untuk penyertaan usaha pemerkasaan itu, asalkan matlamat syarikat berkenaan adalah untuk memberikan impak positif kepada kumpulan sasar seperti golongan B40, ibu tunggal masyarakat Orang Asli, bekas banduan dan bekas penagih dadah.

Katanya melalui SEMy2030, kerajaan berharap dapat meningkatkan perolehan perusahaan sosial negara kepada RM2.6 bilion pada 2030 berbanding kira-kira RM100 juta ketika ini.

Noh juga berharap SEMy2030 dapat menawarkan 92,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan berdasarkan sasaran untuk mewujudkan 10,000 perusahaan sosial dalam tempoh sama.

Pada masa ini, dilaporkan hanya terdapat 414 syarikat perusahaan sosial dalam negara dan ia telah menyediakan 3,500 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan SEMy2030 yang menyediakan hala tuju nasional yang baharu kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia.

SEMy2030 menggariskan lima objektif yang sejajar aspirasi, strategi dan inisiatif ditetapkan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings