the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JBPM K’tan kenal pasti kawasan dijangka berlaku kebakaran pada musim kemarau

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mengenal pasti beberapa kawasan seperti hutan dan tanah gambut yang akan berlakunya kebakaran apabila musim kemarau di negeri tu.

Pengarahnya Zainal Madasin berkata lebih 1,000 pegawai dan anggota berada dalam siap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan berlaku kebakaran hutan dan tanah gambut di kawasan berkenaan.

“Antara kawasan yang dikenal pasti ialah tanah gambut dan kawasan tanah lapang (lalang) di Bachok dan Tok Bali, Pasir Puteh dan kita terpaksa mengambil masa lama untuk mengawal kebakaran itu ketika musim kemarau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadari Majlis Aprisiasi JBPM-Media di Ibu Pejabat JBPM Kelantan dekat Tunjong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata dengan kekuatan anggota dan logistik yang ada, pihaknya mampu menangani kebakaran di negeri itu selain bekerjasama dengan beberapa agensi bencana yang lain.

“Kita telah mengadakan bengkel untuk pengurusan kebakaran tanah gambut dengan Jabatan Alam Sekitar yang kerap berlaku ketika musim kemarau selain memantau keadaan cuaca berdasarkan maklumat disediakan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Malah, semua aset logistik berkaitan seperti pengangkutan, sistem pam dan sumber air turut dipastikan dalam keadaan baik selain dron dan helikopter bagi memantau lokasi yang berlaku kebakaran dari udara,“ katanya.

Dalam perkembangan lain, Zainal berkata sepanjang Januari sehingga semalam, pihaknya menerima 1,529 panggilan kecemasan melibatkan 275 panggilan kebakaran, 406 panggilan penyelamatan dan 847 panggilan tugas-tugas khas dengan kerugian berjumlah RM 76 juta. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings