the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar tiba di Tianjin untuk Sidang Kemuncak SCO, perkukuh hubungan China

TIANJIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Tianjin petang ini selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pagi tadi bagi lawatan kerja empat hari ke China.

Pesawat membawa Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai pada 5.27 petang dengan sambutan permaidani merah serta kawalan kehormatan 36 anggota.

Pasangan itu disambut Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad bersama Menteri Pertanian China Han Jun dan pimpinan tempatan.

Anwar berada di sini atas jemputan Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Dari lapangan terbang, Anwar dan Wan Azizah terus menuju majlis makan malam gala persidangan yang dianjurkan Xi Ping selaku Pengerusi SCO di Pusat Konvensyen Meijiang Tianjin.

Esok, Anwar sebagai Pengerusi ASEAN akan menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak SCO Plus menekankan komitmen Malaysia meletakkan negara dan ASEAN sebagai hab dinamik perdagangan dan pelaburan.

Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak SCO menunjukkan usaha memperdalam hubungan ASEAN-SCO dan peranan sebagai jambatan antara ASEAN dengan negara anggota SCO.

Anwar akan menyampaikan syarahan umum bertajuk “Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia” di Universiti Tianjin, universiti moden tertua di China.

Perdana Menteri kemudiannya bertolak ke Beijing bagi kunjungan hormat ke atas Xi di Dewan Besar Rakyat diikuti mesyuarat dua hala dengan Premier China Li Qiang pada Selasa.

Li akan menganjurkan makan malam bagi meraikan Anwar di Diaoyutai State Guesthouse.

Anwar juga dijadualkan menghadiri Victory Day Parade sempena 80 tahun berakhirnya Perang Dunia Kedua di Dataran Tiananmen, Beijing, pada Rabu.

Beliau akan bertemu pelabur utama dan pengasas beberapa syarikat multinasional China di kedua-dua bandar raya.

Lawatan ini merupakan lawatan keempat Anwar ke China sejak memegang jawatan pada November 2022, mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara.

China kekal rakan dagangan terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009 dengan perdagangan dua hala bernilai RM484.12 billion pada 2024.

Delegasi Perdana Menteri termasuk Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga menteri kabinet lain. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings