the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yayasan Belia Sedunia raikan 100 anak merdeka kelahiran 31 Ogos di Melaka

MELAKA: Yayasan Belia Sedunia (WYF) Malaysia meraikan 100 anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos dari seluruh Melaka dalam suasana meriah termasuk memotong kek bersaiz gergasi.

Pengerusi WYF Datuk Ridhwan Mohd Ali berkata program yang dianjurkan kali kedua itu disertai peserta paling muda berusia setahun manakala paling tua berumur 67 tahun.

“Kita mencari, mengumpul dan meraikan anak kelahiran Melaka dalam suasana penuh istimewa berdasarkan tarikh lahir mereka yang sama dengan tarikh negara mencapai kemerdekaan.”

“Lebih menarik, kita dapat menyaksikan kepelbagaian generasi bersama-sama memotong kek sebagai simbolik sambutan hari lahir mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Jadi Anak Merdeka.

Sambutan itu lebih bermakna dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Setiausaha Agung WYF Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Ridhwan berkata sambutan juga lebih menarik apabila kanak-kanak yang diraikan mengenakan busana bertemakan Hari Kebangsaan.

Peserta paling berusia Rahimah Abu, 67, dari Semabok Dalam di sini, berkata dia teruja setiap kali ulang tahun hari lahirnya tiba kerana jatuh pada tarikh yang sangat istimewa buat Malaysia.

“Saya rasa seperti seluruh Malaysia menyambut hari lahir saya kerana 31 Ogos bukan sahaja cuti umum, tetapi banyak program menarik seperti perbarisan dan pertunjukan bunga api diadakan.”

“Rasa sangat meriah dan sudah tentu saya bersyukur setiap kali menyambut hari lahir. Saya sentiasa mendoakan supaya Malaysia terus aman dan makmur,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings