the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Siasatan awal rekahan tanah di Segamat susulan gegaran gempa bumi

SEGAMAT: Sekumpulan penyelidik menjalankan siasatan awal susulan kemunculan rekahan tanah di kebun milik seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2 di sini.

Kumpulan penyelidik termasuk daripada Jabatan Mineral dan Geosains Johor, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia dilihat berada di lokasi selama lebih sejam.

Tinjauan mendapati kumpulan penyelidik menggunakan peralatan teknologi ABEM Terrameter LS 2 iaitu sistem rintangan untuk memetakan keadaan struktur bawah tanah.

Turut berada di lapangan ialah Pengarah JMG Johor Noorazhar Ngatimin, Pengarah MetMalaysia negeri Nor Adawiah Abdullah dan pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Awam UTM.

Difahamkan dapatan awal itu akan dianalisis terlebih dahulu oleh pihak berkaitan sebelum kesimpulan dibuat.

Ramlah Ishak, 56, yang menetap di situ lega kerana kebimbangannya selepas menemukan rekahan itu mendapat perhatian kerajaan negeri dan kumpulan penyelidik berkenaan.

Ramlah yang mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai pelukis pelan percaya pihak terlibat memiliki kepakaran untuk mengenal pasti punca sebenar rekahan berlaku.

“Saya mengalu-alukan kedatangan penyelidik kerana penting untuk tujuan keselamatan,” katanya.

Semalam dilaporkan kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun di belakang rumah wanita itu dipercayai kesan sampingan gegaran gempa bumi.

Ramlah yang bimbang dengan rekahan yang semakin membesar sekiranya gegaran berlaku lagi memohon agensi berkaitan mengambil tindakan lanjut untuk membuat penilaian.

Lima gegaran direkodkan di Segamat bermula dengan kejadian pertama pada 6.13 pagi, 24 Ogos lepas dengan magnitud 4.1.

Gegaran seterusnya berlaku pada 8.59 pagi Rabu dengan magnitud 3.2, 7.56 malam Khamis dengan magnitud 2.5, 4.24 pagi Jumaat dengan magnitud 3.4 dan 7.29 pagi semalam dengan magnitud 2.7.

Pada 24 Ogos satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings