the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS tolak kemasukan 104 warga asing di KLIA kerana syarat tidak dipenuhi

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menolak kemasukan 104 warga asing dari pelbagai negara semalam kerana didapati tidak memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menerusi kenyataan hari ini, AKPS memaklumkan kesemua warga asing itu dikesan selepas pihaknya memeriksa dan menyaring pergerakan masuk 54,947 pelawat antarabangsa yang direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan Terminal 2.

Kemasukan ini melibatkan 362 ketibaan penerbangan antarabangsa dan pelepasan 361 penerbangan antarabangsa.

Hasil pemeriksaan mendapati majoriti pelawat warga Bangladesh, India dan Pakistan gagal mengemukakan tujuan kemasukan yang jelas.

AKPS memaklumkan pemeriksaan turut mendapati warga asing yang ditolak kemasukan itu juga dikesan tiada penginapan atau tiket pulang yang sah, serta memberikan alasan meragukan untuk menyokong permohonan masuk.

AKPS akan terus mengambil tindakan tegas dalam memastikan keselamatan dan integriti pintu masuk negara sentiasa terpelihara, serta memastikan hanya pelawat yang memenuhi syarat kemasukan dibenarkan masuk ke Malaysia.

Sementara itu, AKPS memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan usaha untuk menghantar pulang 288 pelawat yang tidak dibenarkan masuk, yang masih berada di KLIA, ke negara asal. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings