the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjawat awam rugi RM120,000 dalam skim pelaburan forex tidak wujud

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM120,000 selepas menjadi mangsa skim pelaburan mata wang asing atau forex yang tidak wujud pada bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 46 tahun itu diperdayakan oleh seorang wanita yang dikenali melalui laman sosial pada 15 Julai.

“Wanita itu memujuk mangsa menyertai pelaburan forex dengan mendaftar di sebuah platform.

“Mangsa telah menggunakan wang simpanan untuk melabur dengan membuat empat kali bayaran ke dua akaun antara 23 hingga 25 Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa menyedari telah ditipu setelah gagal membuat pengeluaran wang daripada platform terbabit dan diminta membuat tambahan pelaburan oleh suspek.

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings