the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid: Rentas negeri 30 individu dari zon merah punca jangkitan 90 kes baharu di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kes rentas negeri melibatkan 30 individu dari zon merah Covid-19 yang pulang ke Terengganu dengan pelbagai alasan untuk menyambut Aidilfitri menyebabkan jangkitan kepada 90 kes baharu di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata kisah pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan Covid-19 itu terbongkar apabila ramai dalam kalangan ahli keluarga dijangkiti di samping peningkatan mendadak kes dalam lokaliti di tiga daerah di negeri ini.

“Di Kuala Terengganu, seramai 40 orang disahkan positif Covid-19 hasil aktiviti rentas negeri yang dilakukan 13 individu manakala di Hulu Terengganu, rentas negeri yang dilakukan sembilan individu mengakibatkan 26 orang lagi terkena jangkitan.

“Di Kemaman, lapan individu yang merentas negeri dan daerah akhirnya menyebabkan 24 orang disahkan positif Covid-19. Kalau betul mereka mematuhi SOP, sudah tentu jangkitannya kecil sahaja tanpa melibatkan datuk, nenek, makcik, pakcik, cucu hingga sepupu,“ katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Beliau bagaimanapun memuji langkah yang diambil oleh sesetengah individu dari zon merah yang membuat penilaian risiko dan kuarantin diri sendiri kerana tindakan bijak itu berjaya menghalang penyebaran Covid-19 dalam skala yang besar.

Dr Nor Azimi juga mendedahkan kedegilan masyarakat yang tidak mengendahkan larangan mengadakan majlis berbuka puasa, majlis tadarus dan gotong-royong pada Ramadan lepas menyebabkan berlaku jangkitan dalam kalangan jemaah masjid dalam jumlah yang besar.

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi turut mengesahkan arahan penutupan sementara Jakel cawangan Gong Badak di Kuala Nerus selama 14 hari kerana terdapat 17 kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangannya.

“Penutupan sementara Jakel Trading Sdn Bhd cawangan itu berkuat kuasa Ahad lepas hingga 6 Jun depan bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit.

“Arahan penutupan adalah mengikut Seksyen 18 (1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings