the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JKDM Terengganu gagalkan cubaan edar rokok seludup RM319,000

JKDM Terengganu rampas 352,800 batang rokok seludup bernilai RM319,228.80 dalam Ops Macan Legit 2, kenderaan Toyota Vellfire guna nombor palsu

CHUKAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu berjaya menggagalkan cubaan mengedar rokok seludup dengan nilai rampasan termasuk duti dan cukai mencecah RM319,228.80.

Pengarah JKDM Terengganu Hasbollah Din berkata rampasan dibuat melalui Ops Macan Legit 2 hasil serbuan ke atas sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire.

Kenderaan itu ditinggalkan di tepi jalan di Nyior Mawar, Kampung Dusun Nyior pada 6 Ogos lepas.

“Sepasukan anggota Unit Marin, Cawangan Penguatkuasaan Kemaman menjalankan intipan selama 40 minit berhubung kenderaan yang ditinggalkan itu,” katanya dalam sidang media di sini.

Hasil intipan mendapati tiada sebarang pergerakan dikesan sebelum pasukan menyerbu MPV berkenaan.

Mereka menemui 352,800 batang rokok putih seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM78,528.

Jumlah duti serta cukai yang terlibat ialah RM240,700.80.

MPV bersama muatannya telah disita bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Hasbollah percaya rokok putih yang dirampas dibawa masuk dari luar Terengganu untuk diedarkan di pasaran tempatan.

Bagaimanapun, pihaknya masih mengenal pasti pemilik MPV yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Modus operandi adalah dengan menyimpan rokok-rokok yang tidak lulus Kastam di dalam kenderaan mewah sebelum mengedarkannya bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories