Tuesday, November 11, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita rugi RM56,000 ditipu sindiket ‘polis palsu’

Seorang wanita kehilangan RM56,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai insurans dan anggota polis.

KUCHING: Seorang wanita berusia 41 tahun mengalami kerugian RM56,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai insurans dan anggota polis.

Mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali pada 4 September lepas ketika sedang bekerja.

Suspek mendakwa maklumat peribadi mangsa telah digunakan untuk membuat tuntutan insurans palsu bernilai RM68,000 di Hospital KPJ Damansara.

Panggilan kemudian disambungkan kepada individu lain yang mengaku sebagai “sarjan polis” dari IPD Bukit Aman.

Mangsa diarahkan membuat transaksi bagi “menyelesaikan kes” yang didakwa melibatkan penggubahan wang haram.

Dia kemudian memindahkan RM56,000 ke dalam empat akaun bank berbeza sebelum menyedari ditipu setelah memaklumkan suaminya.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata dari Januari hingga 10 November tahun ini, 91 kertas siasatan telah dibuka melibatkan modus operandi sama.

Jumlah kerugian keseluruhan melebihi RM4.66 juta. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ariana Grande’s Wax Figure Lands in at Madame Tussauds Singapore

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 11 November 2025 - Wicked fever is about to sweep across Sentosa Island! Madame Tussauds Singapore joins in the excitement by welcoming pop royalty Ariana Grande's wax figure, just in time for the highly anticipated release of Wicked: For Good.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories