the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: 317 kes baharu, tiga kluster baharu, satu kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 317 kes baharu Covid-19, yang melibatkan penularan dalam negara dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan ia jumlah kes harian tertinggi direkodkan Malaysia selepas semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kematian akibat Covid-19 di Tawau, Sabah turut dilaporkan, selain tiga kluster baharu iaitu dua kluster – Kluster Bah Lunas dan Kluster Bah Rose – di Kedah dan satu Kluster Jelok di Selangor.

Beliau berkata kesemua kes baharu itu melibatkan 303 kes warganegara dan 14 bukan warganegara, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini 12,088 kes.

“Daripada 317 kes, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept adalah 176 kes,“ katanya pada sidang media perkembangan Covid-19, di sini hari ini.

Jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini adalah 137 kes.

Katanya kes kematian ke-137 (iaitu kes ke-10939) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia. -Bernama

Lagi

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings