the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hubungan Malaysia – Vietnam terus kukuh dalam pelbagai sektor, kata duta Vietnam

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Vietnam menikmati hubungan yang kukuh dalam pelbagai sektor – iaitu perdagangan dan pelaburan, pendidikan, keselamatan, pertahanan serta rakyat dengan rakyat, kata Duta Vietnam ke Malaysia.

Dr Le Quy Quynh, 61, yang bakal menamatkan tugasnya pada 8 Oktober berkata kedua-dua negara telah bekerjasama dalam pelbagai bidang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Perolehan perdagangan dua hala cecah hampir US$15 bilion setahun. Hubungan antara rakyat kedua-dua negara sangat menggalakkan. Semakin ramai pelancong kedua-dua negara saling berkunjung,” katanya kepada Bernama dalam wawancara menerusi e-mel.

Quynh berkata persahabatan kedua-dua negara sudah terjalin sekian lama, menyaksikan pelbagai kerjasama dilaksana sejak hubungan diplomatik bermula pada 30 Mac 1973.

Sejak itu, hubungan terus berkembang luas terutama selepas menjalin kerjasama strategik pada 2015.

“Saya yakin Kerjasama Strategik yang kukuh, hubungan antara kedua-dua negara akan terus maju di masa depan,“ kata duta itu yang telah berkhidmat di Malaysia lebih tiga tahun bermula 18 Julai 2017.

Katanya, tahun 2020 tonggak penting bagi kedua-dua negara kerana Vietnam telah memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN secara bergilir dan menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sementara Malaysia adalah Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC ).

Menurutnya, Vietnam akan terus mewujudkan suasana kondusif bagi perniagaan dan pelabur Malaysia untuk bekerja di negara ini dan kedua-dua pihak akan terus mempromosikan kerjasama dalam bidang teknologi makanan serta pembuatan kereta.

Vietnam bersedia bekerjasama dengan Malaysia dalam bidang industri sokongan, pembinaan bandar pintar, pertanian berteknologi tinggi, dan bidang lain di mana Malaysia mempunyai kekuatan, katanya.

“Saya juga berharap kerajaan Malaysia akan terus mempermudah perwakilan Vietnam berkunjung, belajar dan bertukar pengalaman di Malaysia mengenai perancangan bandar, pembangunan ekonomi dan Vietnam pula mewujudkan syarat (kondusif) yang sama untuk perwakilan Malaysia,” tambahnya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings