Sunday, November 9, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UNESCO iktiraf Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera Malaysia terbaharu.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan memaklumkan pengumuman itu dibuat pada mesyuarat Majlis Penyelaras Antarabangsa Program Manusia dan Biosfera (MAB) di Hangzhou, China pada 27 Sept lepas.

“Malaysia berbangga dengan pencapaian serta pengiktiran diberikan UNESCO kepada dua tapak rizab biosfera Malaysia di Sabah di bawah program MAB iaitu Kinabatangan.

“Selain itu, rizab biosfera Banjaran Crocker yang melepasi proses penilaian semakan berkala (periodic review) (selepas 10 tahun diiktiraf pada 2014) dan berjaya mengekalkan status sebagai tapak rizab biosfera UNESCO,“ menurut kenyataan itu di sini hari ini.

NRES selaku pusat fokal nasional kepada program MAB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sabah dan kejayaan itu adalah hasil komitmen serta dedikasi semua pihak termasuk komuniti setempat dalam mengurus kawasan berkepentingan biodiversiti.

“NRES menyambut baik sebarang usaha diambil oleh kerajaan negeri pada masa akan datang untuk mencalonkan kawasan yang berpotensi sebagai tapak MAB atau tapak berkepentingan biodiversiti antarabangsa,“ menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan rizab biosfera Kinabatangan berkeluasan 413,866 hektar merupakan habitat penting kepada 315 spesies burung, 100 reptilia, 33 amfibia, 127 mamalia dan lebih 1,000 tumbuhan vaskular.

Tapak itu menjadi habitat kepada spesies endemik, jarang ditemui serta terancam seperti orang utan (Pongopygmaeus), gajah borneo (Elephas Maximudborneensis), monyet belanda (Nasalis Larvatus), beruang matahari (Helarctos Malayanus) dan lapan spesies burung enggang Sabah.

Selain Kinabatangan dan Banjaran Crocker di Sabah, UNESCO turut mengiktiraf Tasik Chini, Pahang (2009) serta Bukit Bendera, Pulau Pinang (2021) sebagai tapak rizab biosfera Malaysia di bawah program MAB – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Kenya defend Singlife Nations Cup crown after overcoming Singapore

Kenya retained their Singlife Nations Cup title after defeating hosts Singapore Vandas 55-42 in Saturday’s (8 Nov) final at the OCBC Arena. The defending champions took control early with a 17-12 first-quarter lead and extended it to 29-21 at half-time through sharp shooting from Lydia Nyapere and Hellen Sinoya. Despite a spirited third-quarter fightback from Singapore, who reduced the deficit to six goals, Kenya finished strongly to secure victory, with Nyapere and Sinoya boasting 95% and 93% shooting accuracy respectively. Papua New Guinea claimed third place with a 69-54 win over Malaysia, while Singapore A beat the Isle of Man 53-39.
spot_img

Popular Categories