the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 50,000 rakyat meriahkan perarakan kereta berhias sempena ulang tahun Sultan Kelantan

KOTA BHARU: Lebih 50,000 rakyat di negeri ini dijangka membanjiri acara perarakan kereta berhias pada Sabtu ini, bersempena pemasyhuran perayaan ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V ke-56 yang berlangsung selama lapan hari bermula semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata acara yang lebih 10 tahun tidak diadakan itu akan berlangsung pada 8 malam bermula dari Kompleks Kota Darul Naim hingga Stadium Sultan Muhammad IV.

“Kita jangkakan acara ini akan menjadi tarikan utama bagi pemasyhuran sambutan ulang tahun Sultan Muhammad V tahun ini kerana rakyat berpeluang menyaksikan acara itu di sepanjang lokasi perarakan hingga stadium.

“Perarakan kereta berhias ini membabitkan penglibatan semua pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan dan agensi kerajaan selain pihak swasta dengan jarak sepanjang dua kilometer,“ katanya pada sidang media di bilik mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Beliau berkata pelbagai istiadat lain turut disusun sepanjang sambutan itu termasuk solat hajat, istiadat meletak kerja, pemeriksaan perbarisan di Stadium Sultan Muhammad IV, pesta flora selain acara kemuncak, istiadat pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar esok.

Beliau berkata perayaan yang bertemakan ‘Islam Dijunjung, Rakyat Bersatu, Negeri Berkata, Raja Berdaulat’ itu turut diserikan dengan Majlis Raja Bersama Rakyat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada Rabu, selain solat Jumaat dan jamuan rakyat di Masjid Al Taqwa Pasir Mas 3 Okt – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings