the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor struktur semula perkhidmatan internet awam

WiFi Smart Selangor dinyahaktif sementara untuk penyemakan pelan teknikal dan model baharu di bawah Pelan Digitalisasi Negeri 2026-2030

SHAH ALAM: Pendekatan penyediaan perkhidmatan Internet awam di Selangor sedang distruktur semula di bawah Pelan Digitalisasi Negeri Selangor 2026-2030.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata program WiFi Smart Selangor (WSS) dinyahaktif sementara bagi memberi ruang kepada penyemakan pelan teknikal.

Beliau berkata langkah itu diambil selepas kajian mendapati tahap penggunaan di kebanyakan lokasi rendah.

Perkembangan pesat rangkaian mudah alih 5G yang menawarkan capaian Internet lebih pantas pada kos lebih rendah turut mempengaruhi keputusan tersebut.

“Kajian terperinci sedang dijalankan untuk menilai keperluan, lokasi sesuai serta pendekatan terbaik bagi pelaksanaan semula program ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Mohammad Fahmi menegaskan penyusunan semula dijangka menjimatkan kos dan membolehkan dana disalurkan kepada inisiatif digital lain.

Pelaksanaan semula akan dibuat secara berfasa dengan tumpuan kepada kawasan berimpak tinggi seperti perumahan padat, sekolah, perpustakaan awam dan pusat komuniti.

Dalam tempoh peralihan, PLANMalaysia@Selangor dengan sokongan Smartsel Sdn Bhd melaksanakan program Smart Desa Selangor.

Program itu menyediakan kemudahan Internet untuk menyokong aktiviti komuniti serta pusat maklumat desa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings