the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
24.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

32,000 pekerja nikmati kenaikan gaji sehingga 16% di bawah Dasar Gaji Progresif

Seramai 32,000 pekerja telah mendapat kenaikan gaji sehingga 16% melalui Dasar Gaji Progresif, dengan insentif RM34 juta disalurkan kepada majikan

KUALA LUMPUR: Seramai 32,000 pekerja telah menikmati kenaikan gaji sehingga 16 peratus melalui inisiatif Dasar Gaji Progresif (DGP) setakat November lalu.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata jumlah itu melibatkan kira-kira 3,000 majikan yang melaksanakan DGP sejak program rintisnya diperkenalkan pada Jun 2024.

Keseluruhan insentif berjumlah RM34 juta telah disalurkan kepada majikan-majikan tersebut.

“Semua pekerja ini telah mendapat kenaikan gaji,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Sim menekankan pekerja juga perlu memenuhi syarat minimum latihan 21 jam setahun atau melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu untuk melayakkan pembayaran insentif.

Beliau berkata DGP berjaya menaikkan gaji median pekerja peringkat permulaan sehingga RM300 kepada RM2,200 berbanding RM1,900 sebelum ini.

Pekerja yang sudah berkhidmat lebih 12 bulan menikmati peningkatan gaji minimum sehingga 13 peratus atau RM290 kepada RM2,490.

Setakat November, hampir 6,000 majikan telah membuka akaun dalam sistem Gaji Progresif.

Daripada jumlah itu, hampir 4,000 majikan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai inisiatif DGP.

Dalam perkembangan lain, Sim berkata kapasiti maksimum pesakit di semua Pusat Rehabilitasi PERKESO ialah 1,630 orang.

Kapasiti itu merangkumi 800 tempat di Perak, 500 di Melaka dan 330 di Terengganu.

Bagi pusat rehabilitasi di Meru, Perak, sebanyak 232 pesakit telah menerima rawatan setakat ini.

Pusat itu mula beroperasi secara berperingkat pada 22 Julai lepas.

PERKESO telah bersedia untuk memastikan perkhidmatan rawatan rehabilitasi mampu menampung permintaan selepas Skim Lindung 24/7 diluluskan.

Skim itu bakal memberi perlindungan menyeluruh kepada hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.
spot_img

Popular Categories