the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan arah agensi jalin kerjasama pintar dengan AKPK

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kerajaan arah semua agensi jalin kerjasama pintar dengan AKPK bagi perkasa pendidikan literasi kewangan dalam kalangan penjawat awam.

CYBERJAYA: Semua agensi kerajaan diarah menjalinkan kerjasama pintar dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata langkah itu bagi memperkasakan pendidikan literasi kewangan dalam kalangan penjawat awam.

Beliau berkata ia bagi menangani masalah penjawat awam yang terjerat dengan beban hutang dan terdedah kepada penipuan pelaburan.

“Kita akan buat kerjasama pintar… saya dah minta semua agensi buat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan supaya mewajibkan program pengurusan kewangan bersama AKPK di setiap sekolah.

“Antara isu paling banyak melibatkan penjawat awam adalah keberhutangan melampau… kebanyakannya melibatkan guru,” katanya.

Beliau berkata ramai penjawat awam keliru dengan jangkaan pulangan pelaburan tanpa memahami risikonya.

Faktor lain termasuklah kurang kefahaman risiko, kesempitan hidup dan tekanan untuk memenuhi kehendak pasangan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengingatkan ketua jabatan supaya beri perhatian terhadap tahap hutang pegawai.

Peringatan itu susulan kebimbangan hutang boleh menjejaskan tumpuan penjawat awam terhadap tugas.

Shamsul Azri sebelum ini berkata penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertih sekiranya didapati berdepan hutang sehingga 10 kali ganda gaji bulanan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings