the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 6, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Karnival IMAT catat jualan RM12.34 juta, lampaui sasaran

Karnival IMAT 2025 catat jualan RM12.34 juta, melebihi sasaran RM10 juta, dengan 26 lokasi dilawati setakat ini

KLANG: Karnival Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) 2025 berjaya mencatat nilai jualan keseluruhan sebanyak RM12.34 juta.

Jumlah itu melebihi sasaran awal sebanyak RM10 juta, kata Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abdul Rashid Bahri.

Penganjuran tahun ini merangkumi 15 lokasi Parlimen, lapan lokasi peringkat negeri, dan dua lokasi bersama Karnival Jom Heboh serta dua lokasi Karnival Khas IMAT.

“Kita menyasarkan untuk menganjurkan IMAT di 30 lokasi, dan setakat ini telah mencapai 26 lokasi dengan jualan RM12.34 juta,” katanya selepas Majlis Perasmian Karnival IMAT @ Selangor.

Abdul Rashid berkata pencapaian itu adalah hasil sokongan semua pihak, terutama usahawan serta kerjasama kerajaan negeri bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Karnival seterusnya akan bergerak ke Alor Gajah, Melaka; Arau, Perlis; Alor Setar, Kedah; dan Parit Buntar, Perak.

Mengulas penganjuran di Selangor, beliau berkata program itu menyasarkan nilai jualan RM500,000 dan dijangka menarik kehadiran 25,000 pengunjung.

Karnival di Selangor juga memberi manfaat kepada 130 usahawan tempatan.

Selain mempromosikan produk asas tani, karnival itu merupakan platform untuk menarik minat generasi muda terhadap kerjaya pemasaran hasil pertanian.

“Karnival IMAT @ Selangor juga memainkan peranan penting dalam menonjolkan produk serta perkhidmatan usahawan setempat,” tambah Abdul Rashid.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Luqman Ahmad berkata pengunjung boleh menikmati potongan harga lima hingga 30 peratus.

Potongan harga itu ditawarkan bagi pelbagai barangan asas dan produk makanan sepanjang penganjuran karnival di pekarangan parkir AEON Mall Bukit Tinggi, Klang.

Tujuannya adalah untuk membantu orang ramai memperoleh barangan segar dan keperluan asas pada harga berpatutan.

Karnival IMAT @ Selangor menampilkan jualan produk industri asas tani, makanan popular, People Market, florikultur dan buah-buahan tempatan.

Turut ditawarkan ialah jualan Ehsan Rahmah, jualan ANGKASA, serta Kombo IMAT dan Kombo Madani berharga RM10 setiap satu. – Bernama

 

Related

spot_img

Latest

A-Level vs Polytechnic: Understanding different pathways offer competitive edge at SIM

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 6 December 2025 - Singapore's education system offers two popular tertiary pathways after post-secondary, A-Levels through Junior Colleges and Polytechnic diplomas.

K. Wah Group Donates Additional HK$12.07 Million for Tai Po Recovery

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 6 December 2025 - K. Wah Group ("the Group") continues to stand in solidarity with the Tai Po community in the aftermath of the recent fire, offering timely support to affected residents and post-disaster recovery efforts.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories