the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rancakkan MADANI catat kehadiran lebih 502,000 pengunjung

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Program Rancakkan MADANI di Dataran Putrajaya menarik 502,804 pengunjung, kutip jualan RM2.15 juta dan tawarkan 1,252 pekerjaan

PUTRAJAYA: Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 mencatat kehadiran luar biasa seramai 502,804 pengunjung.

Program selama tiga hari dari 5 hingga 7 Disember itu diadakan di Dataran Putrajaya.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, jualan produk MADANI berjaya mengutip RM2.15 juta.

Inisiatif padanan perniagaan pula mencatat nilai melebihi RM400,000.

Kaunter kompaun saman terpilih Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan mengutip sejumlah RM134,473.

Seramai 1,252 individu menerima tawaran pekerjaan melalui sesi temu duga terbuka sepanjang program.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau disertai kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, barisan Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Program ini menghimpunkan kira-kira 500 pengisian merentasi lapan segmen utama.

Antara inisiatif baharu yang dilancarkan ialah Sahabat Penggerak MADANI dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0.

Inisiatif lain termasuk Pekeliling ILTIZAM, Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (I-PPA) dan Modul Latihan ARPA.

Dalam ucaptamanya, Anwar berkata program itu menjadi platform terbaik untuk rakyat menilai pencapaian kerajaan.

Beliau berkata ia membolehkan perkhidmatan dan inisiatif kerajaan disampaikan secara terus di satu lokasi.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen semua kementerian dan agensi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat yang hadir dalam jumlah yang memberangsangkan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HKDL’s immersive interactive experiences win guests’ hearts Lucky Nugget Spin at Grizzly Gulch surpasses...

Hong Kong Disneyland Resort continues enhancing guest experiences through immersive retail, interactive storytelling and collectible merchandise. The popular Chip 'n' Dale Lucky Nugget Spin has attracted over 30,000 participants, while new Pixar and Marvel experiences are set to expand the park’s entertainment offerings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings