the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 27,000 kes paip pecah di Negeri Sembilan sejak 2021

SAINS rekod 27,279 kes paip pecah di Negeri Sembilan dengan kos pembaikan dianggarkan RM147 juta, Seremban catat kes tertinggi

SEREMBAN: Sebanyak 27,279 kes paip pecah telah direkodkan di Negeri Sembilan melalui sistem aduan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dari 2021 sehingga Oktober lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Seremban mencatatkan kes tertinggi iaitu 11,059 kes, diikuti Kuala Pilah (3,928), Jempol (3,050), Tampin (2,913), Port Dickson (2,554), Jelebu (2,247) dan Rembau (1,528).

Jumlah kos keseluruhan bagi tempoh tersebut dianggarkan mencecah RM147 juta, merangkumi kerja pembaikan, penggantian paip dan pemulihan permukaan jalan.

“Tahap kerosakan paip melibatkan kategori kecil, sederhana dan besar, bergantung kepada lokasi dan tekanan saluran,” katanya di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Chew Seh Yong yang memohon butiran mengenai kes paip pecah serta langkah mengatasinya.

Aminuddin menjelaskan bagi setiap kes, tindakan segera diambil dengan menutup sementara bekalan air sebelum kerja pembaikan dilaksanakan.

Sebanyak 68 lokasi melibatkan paip sepanjang 243 kilometer telah dikenal pasti untuk penggantian melalui kerjasama beberapa agensi.

Kerjasama itu melibatkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan SAINS.

“Penggantian paip melalui peruntukan SAINS melibatkan 12 lokasi dengan panjang keseluruhan 14.2 kilometer,” jelasnya.

Penggantian melalui peruntukan PAAB pula melibatkan 16 lokasi sepanjang 60.8 kilometer.

Manakala penggantian melalui peruntukan PETRA melibatkan 40 lokasi dengan jumlah panjang 168 kilometer. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings