the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perlis hargai komitmen kerajaan persekutuan laksana projek pembangunan

Kerajaan Negeri Perlis rakam penghargaan atas sokongan padu kerajaan persekutuan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri itu

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan tertinggi kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu melaksanakan pelbagai projek pembangunan.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata sokongan berterusan itu memperkukuh infrastruktur asas dan membuka ruang pertumbuhan ekonomi baharu.

Beliau berkata projek yang bakal dilaksanakan melalui Belanjawan 2026 termasuk menaik taraf Jalan Kampung Batu Dua ke Beseri dan Kolam Takungan Banjir Chuping.

Projek lain ialah pemasangan mesin pengimbas di Pelabuhan Darat Perlis serta perolehan bangunan untuk Kuarters Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah.

Pembinaan gantian penuh Sekolah Kebangsaan Chuping juga antara inisiatif yang akan dilaksanakan.

“Kerajaan negeri serta jentera pentadbiran akan memberikan komitmen penuh terhadap pelaksanaan projek-projek tersebut,” katanya.

Mohd Shukri berkata ia bagi memastikan setiap perancangan diterjemahkan kepada pembangunan nyata demi kemajuan Negeri Perlis.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2026 Perlis bertemakan “Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera” di Dewan Undangan Negeri.

Persidangan diadakan di Kompleks Seri Putra hari ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hong Kong Kicks Off One-Year Countdown to the XXVIII ANOC General Assembly 2026

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - The Steering Committee for the XXVIII Association of National Olympic Committees (ANOC) General Assembly today hosted a one-year countdown kick-off press conference at the Royal Hong Kong Yacht Club, signalling a significant milestone in the preparations for this prestigious international event.
spot_img

Popular Categories