the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 12, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AS rampas minyak dari kapal tangki di perairan Venezuela

AS merampas minyak dari kapal tangki di Venezuela, dakwa ia untuk Iran, tindakan dikecam Caracas sebagai lanun dan curi sumber

WASHINGTON: Pentadbiran Trump berhasrat merampas minyak daripada sebuah kapal tangki yang ditahan di perairan Venezuela, kata Rumah Putih pada Khamis ketika ketegangan dengan Caracas memuncak, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap Karoline Leavitt mempertahankan tindakan AS dengan menyatakan bahawa kapal tangki itu merupakan “kapal yang beroperasi secara tersembunyi dan tertakluk kepada sekatan,” dan “dikenali membawa minyak pasaran gelap” kepada Kor Pengawal Revolusi Islam Iran.

“Presiden komited untuk menghentikan aliran dadah haram ke negara kita. Beliau juga komited sepenuhnya melaksanakan dasar sekatan pentadbiran ini. 

“Itulah yang anda dan dunia lihat berlaku semalam,” katanya.

Penyiasat kini berada di atas kapal berkenaan, dan individu yang berada di atasnya  “sedang ditemu bual dan sebarang bukti berkaitan sedang diperiksa.”

Kapal itu sedang dibawa ke sebuah pelabuhan AS dan pentadbiran Trump bercadang memulakan prosiding undang-undang untuk merampas kargo secara rasmi.

Peguam Negara AS Pam Bondi berkata pada Rabu bahawa FBI, Siasatan Keselamatan Dalam Negeri (HSI) dan Pengawal Pantai AS, dengan sokongan Jabatan Pertahanan, melaksanakan waran rampasan terhadap kapal tangki itu yang didakwa digunakan untuk mengangkut minyak yang disekat dari Venezuela dan Iran.

Menteri Luar Venezuela Yvan Gil dalam kenyataan pada Rabu berkata negara itu “mengecam tindakan curi dan lanun antarabangsa secara terang-terangan,” yang diumumkan secara terbuka oleh Presiden Amerika Syarikat.

Beliau berkata ini bukan kejadian pertama dan menuduh pentadbiran Trump melaksanakan operasi terancang untuk merampas sumber tenaga Venezuela, sambil menyatakan bahawa Trump “secara terbuka menyatakan semasa kempen 2024 bahawa matlamatnya sentiasa untuk mengambil minyak Venezuela tanpa membayar apa-apa.”

Tindakan itu hampir pasti mencetuskan ketegangan yang lebih serius dengan Caracas ketika Trump terus menuntut Presiden Venezuela Nicolas Maduro berundur. – Bernama – Anadolu

Related

spot_img

Latest

BingX Academy Launches Dedicated Education Hub for Tokenized Stocks (XStocks)

PANAMA CITY - Media OutReach Newswire – 12 December 2025 - BingX, a leading global cryptocurrency exchange, has announced the expansion of its educational platform, BingX Academy, with the launch of a dedicated learning hub focused on tokenized stocks, known as XStocks.

World-leading Economists and Thought Leaders Converge at Hong Kong’s Landmark Forum to Decode China’s Economic Future in a Multipolar World

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 December 2025 - The highly anticipated International Forum on China's Economy and Policy 2025, held by the Chief Executive's Policy Unit (CEPU) of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR) Government, successfully concluded in mid-November.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories