the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pahang rancang strategi bayar awal pinjaman kepada kerajaan Persekutuan

Kerajaan Pahang rancang strategi jangka panjang untuk bayar awal pinjaman kepada kerajaan Persekutuan, mulakan 2027 bagi pinjaman 2030.

KUANTAN: Kerajaan Pahang telah merangka strategi jangka panjang untuk membolehkan bayaran pinjaman kepada kerajaan Persekutuan dibuat lebih awal.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini termasuk merancang untuk membayar pinjaman yang sepatutnya dijelaskan pada 2030 bermula dari 2027.

“Bayaran lebih awal ini merupakan langkah proaktif membuktikan bajet negeri adalah mampan dan dirangka dengan visi jauh ke hadapan,” katanya semasa menggulung perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

BACA: Pahang umum bantuan khas 2 bulan gaji untuk penjawat awam negeri

Wan Rosdy memaklumkan pada 2024 kerajaan negeri membuat bayaran balik pinjaman sebanyak RM39.4 juta.

Bayaran meningkat kepada RM61.2 juta pada tahun ini, menunjukkan peningkatan 55% dan kedudukan kewangan negeri yang semakin kukuh.

Beliau turut menjelaskan isu pinjaman negeri yang sering disalah tafsir membabitkan jumlah keseluruhan hampir RM1 billion.

Jumlah pinjaman hampir RM1 billion itu bukan sahaja terdiri daripada pinjaman dibayar oleh negeri.

Ia turut merangkumi pinjaman yang ditanggung oleh agensi, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Daripada jumlah itu, hanya RM755 juta yang melibatkan bayaran melalui bajet mengurus negeri.

Sebanyak RM304 juta lagi ditanggung oleh agensi masing-masing.

Selain itu, kerajaan negeri juga menjadi pemberi pinjaman kepada agensi dan badan berkanun negeri berjumlah RM46 juta setakat ini.

Menyentuh isu bekalan air, Wan Rosdy memaklumkan Pahang mempunyai jajaran paip sepanjang 15,423 kilometer.

Sebanyak 23% daripadanya adalah paip Asbestos Cement (AC) yang sudah usang dan menjadi punca paip pecah.

Keadaan ini menyumbang kepada angka air tidak terhasil (NRW) yang tinggi.

“Pada 2025 sahaja Pengurusan Air Pahang Bhd telah menukar paip usang sepanjang 259.7 km,” katanya.

Beliau berkata kos untuk menukar semua paip usang adalah sekitar RM3 billion dan akan dilaksanakan secara berfasa.

Pada persidangan hari ini, Belanjawan Pahang 2026 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Sebanyak 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bermula Isnin lepas.

Usul mengenai Tabung Amanah Mineral dan Siling Rancangan Negeri Pahang 2026 hingga 2030 yang dikemukakan Menteri Besar turut diluluskan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

GemFair and De Beers London Launch Capsule Jewellery Collection Featuring Ethically Sourced Artisanal Diamonds

LONDON, UK - Media OutReach Newswire - 2 February 2026 - De Beers Group is pleased to announce a collaboration between GemFair, the company's programme to help formalise the artisanal and small-scale diamond mining (ASM) sector, and its luxury jewellery brand, De Beers London, to bring the story and beauty of GemFair's ethically sourced, artisanal diamonds to consumers for the first time.

Most Viewed

tridorian Takes Southeast Asian Innovation Global with the U.S. Launch After Breaking $15.6M ARR in 24 Months

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 2 February 2026 - tridorian, the region's premier people-centric Google Cloud Partner, today announced its official launch into the United States with a new regional headquarters in Chicago.
spot_img

Popular Categories