Tujuh wakil badminton Malaysia, termasuk tiga beregu utama, layak ke separuh akhir Sukan SEA 2025 di Bangkok selepas menang di suku akhir.
BANGKOK: Tujuh wakil badminton negara, termasuk tiga beregu utama, mara ke separuh akhir Sukan SEA Thailand 2025 selepas menang di peringkat suku akhir.
Juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan pasangan Singapura Terry Hee-Jin Yu Jia 21-12, 21-14.
Mereka akan berdepan pasangan tuan rumah Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat esok.
BACA: Nani Sahirah kejut Sukan SEA, raih emas lontar peluru pecah rekod
Beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mara selepas mengatasi pasangan Thailand Supak Jumkoh-Kittinupong Kedren 21-16, 21-16.
Mereka akan bertemu beregu Indonesia Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana di separuh akhir.
Beregu lelaki kedua Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga layak selepas menang ke atas pasangan Thailand Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-16, 21-19.
Mereka akan berdepan beregu Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Beregu wanita utama Pearly Tan-M. Thinaah mara mudah ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah Benyapa Aimsaard-Sapsiree Taerattanachai 21-11, 21-14.
Mereka akan bertemu wakil Indonesia Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum.
Bagaimanapun, beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tewas kepada pasangan tuan rumah Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 12-21, 15-21.
Beregu wanita kedua Go Pei Kee-Teoh Mei Xing juga tersingkir selepas tewas kepada pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari 15-21, 12-21.
Dalam perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan Justin Hoh masing-masing menang ke atas pemain Thailand Panitchaphon Teeraratsakul dan Kantaphon Wangcharoen.
Jun Hao akan berdepan Moh Zaki Ubaidillah dari Indonesia, manakala Justin menentang wakil Indonesia Alwi Farhan.
Perseorangan wanita Wong Ling Ching mara ke separuh akhir selepas menewaskan wakil Indonesia Ni Kadhek Dinda Anitya Pratiwi 21-11, 21-17.
Ling Ching bakal berdepan pilihan kedua dan wakil tuan rumah Ratchanok Intanon.
Pemain perseorangan wanita K. Letshanaa pula tewas kepada pilihan utama Indonesia Putri Kusuma Wardani 18-21, 13-21. – Bernama







