the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
33.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Belanjawan 2026 diluluskan Dewan Negara dengan peruntukan RM470 bilion, fokus kepada kesejahteraan rakyat dan ekonomi mampan

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju oleh Ahli Dewan Negara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan setelah melalui tujuh hari tempoh perbahasan dan penggulungan.

Terdahulu dalam ucapan penggulungannya, Amir Hamzah berkata Belanjawan 2026 terus mengekalkan keseimbangan pembangunan ekonomi dan sosial dalam membina Malaysia yang lebih makmur, inklusif, dan berdaya tahan.

“Belanjawan 2026 menekankan kepentingan rakyat dengan matlamat meningkatkan darjat dan kesejahteraan hidup, memperkukuh ekonomi negara, di samping memastikan pengurusan kewangan negara kekal mampan,” katanya.

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Bertemakan “Belanjawan Rakyat”, ia memperuntukkan perbelanjaan awam sebanyak RM470 bilion, termasuk RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. 

Ia turut merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), kerjasama awam-swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion). – Bernama 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Arup partners YJK to launch AI Designer in Hong Kong to advance AI-enabled structural...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 15 July 2026 - Arup and YJK, a leading engineering software solutions company in Chinese Mainland, announced the launch of AI Designer in Hong Kong, an innovative digital platform that integrates artificial intelligence ('AI') with design optimisation, enhancing the efficiency, quality and productivity of engineering workflows.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings