the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Angkat sumpah menteri Kabinet MADANI di Istana Negara esok

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan upacara angkat sumpah menteri dan timbalan menteri Kabinet MADANI diadakan esok di Istana Negara.

PUTRAJAYA: Upacara angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan MADANI akan diadakan di Istana Negara esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan acara itu diadakan pada pukul 10 pagi.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pula akan diteruskan pada 2.30 petang esok,” katanya dalam sidang media pengumuman anggota kabinet di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan merakamkan penghargaan kepada barisan menteri dan timbalan menteri terdahulu.

“Penghargaan kepada rakan-rakan menteri dan timbalan menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti melalui kementerian dan kepada negara sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelantikan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio dalam Kabinet Kerajaan MADANI.

Beliau berkata pelantikan dan rombakan itu dilaksanakan bagi menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta menyelesaikan permasalahan rakyat.

Rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

Sebelum ini, Kabinet Kerajaan MADANI menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri.

Kekosongan itu ialah jawatan Menteri Ekonomi yang disandang Datuk Seri Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick susulan peletakan jawatan mereka.

Sementara itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kosong selepas beliau tamat tempoh pelantikan sebagai Senator. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories