the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

YAPEIM peruntuk RM2.7 juta untuk bantuan banjir 2025

YAPEIM memperuntukkan RM2.7 juta untuk bantuan banjir 2025, dengan RM500,000 sudah diagihkan kepada mangsa di Kuantan melalui barangan keperluan dan wang tunai.

KUANTAN: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) memperuntukkan RM2.7 juta bagi Program Bantuan Banjir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata kira-kira RM500,000 telah diagihkan untuk membantu mangsa yang terjejas.

Bantuan itu disalurkan dalam bentuk barangan keperluan dan wang tunai.

“Pada hari ini YAPEIM bersama agensi lain turut sama membantu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan dan diharap dapat meringankan beban mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Misi Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan MADANI (Hal Ehwal Agama) di Taman Guru di sini.

Beliau berkata agensi lain yang turut menghulurkan bantuan ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Penyerahan bantuan hari ini melibatkan 300 penerima dengan sumbangan meliputi makanan, barangan keperluan, kit solat, lampin pakai buang, kit kebersihan, selimut, kain batik dan pelikat.

“Sumbangan berkenaan berjumlah RM118,000 dan Jabatan Agama Islam Pahang telah membantu kami menguruskan sumbangan ini kepada mangsa banjir di Kuantan,” katanya.

Zulkifli berkata kerajaan MADANI mempunyai ekosistem yang baik dalam mengurus bencana dengan pelbagai agensi kerajaan berganding bahu.

Beliau berkata pihak kerajaan dapat mendekati mangsa banjir dan mendengar sendiri keperluan mereka melalui program hari ini.

Related

spot_img

Latest

Mahkamah tinggi sahkan kuasa penuh raja dalam pengampunan

Keputusan mahkamah tinggi dalam kes Najib Razak tidak mengurangkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri, tegas Jabatan Peguam Negara.

Most Viewed

Finex dan doctorSHARE Dukung Akses Kesehatan di Wilayah Kepulauan

JAKARTA, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 23 Desember 2025 - Keterbatasan akses layanan kesehatan di wilayah kepulauan masih menjadi tantangan struktural. Data Bappenas dan Kementerian Kesehatan menunjukkan Indonesia masih kekurangan sekitar 124.294 dokter umum dari target ideal WHO sebesar 1 dokter per 1.000 penduduk, serta defisit 29.179 dokter spesialis dari rasio ideal 0,28 per 1.000 penduduk.
spot_img

Popular Categories