the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pahang sedia kaji cadangan laluan kereta api Cameron Highlands

Kerajaan Negeri Pahang bersedia meneliti cadangan laluan kereta api di Cameron Highlands jika ia beri impak besar kepada rakyat dan infrastruktur

LIPIS: Kerajaan Negeri Pahang bersedia mengkaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands sekiranya ia memberi impak besar.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya belum menerima sebarang cadangan rasmi mengenai projek itu.

“Jika laluan ini dapat beri kemudahan (kepada orang ramai) dan mempertingkatkan infrastruktur di situ, kita akan mempertimbangkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur (IM) Pahang kepada Kluster Agama di sini.

Khabar angin mengenai cadangan laluan kereta api di Cameron Highlands melibatkan Tanah Rata, Brinchang dan Blue Valley telah tular.

Laluan itu dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang kritikal di destinasi pelancongan itu.

Dalam program hari ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM6.97 juta kepada 697 masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di Pahang.

Peruntukan itu diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

“Bagi Zon Pahang Tengah dan Timur, kita telah agihkan pada September dan November lepas melibatkan 521 masjid dan surau dengan peruntukan RM5.21 juta,” jelas Wan Rosdy.

Agihan bagi Zon Pahang Barat melibatkan 176 masjid dan surau dengan peruntukan RM1.76 juta.

Melalui Belanjawan Negeri Pahang 2026, IM Pahang akan diteruskan dengan peruntukan RM84.59 juta.

Peruntukan tahun 2026 itu lebih tinggi berbanding peruntukan tahun ini iaitu RM50.54 juta.

Inisiatif itu melibatkan empat kluster iaitu Pelajar, Agama, B40 dan Umum dengan 24 inisiatif.

“Di bawah kluster agama sahaja, sebanyak sembilan inisiatif akan dilaksanakan tahun hadapan,” ujarnya.

Antara inisiatif itu ialah sumbangan RM10,000 kepada masjid dan RM4,000 kepada surau dengan peruntukan RM7.95 juta.

Inisiatif lain termasuk pemberian sumbangan khairat kematian RM200 kepada waris dan wang saku RM750 seorang kepada jemaah haji Pahang.

Wan Rosdy turut menzahirkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata TNB menunaikan tanggungjawab korporat dengan memperuntukkan sumbangan RM15,000 kepada 150 murid Sekolah Kebangsaan Keledek di sini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings