the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jambatan kedua Pulau Pinang ditutup dua hari untuk acara kayuhan

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup pada 3 dan 4 Januari 2026 sempena acara berbasikal PDRM Solidarity Fun Ride

BATU KAWAN: Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup selama dua hari sempena acara berbasikal.

Penutupan jambatan kedua Pulau Pinang itu bermula dari 8 malam 3 Januari hingga 2.30 pagi 4 Januari 2026.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menasihatkan orang ramai merancang perjalanan mereka lebih awal.

Pengguna jalan raya disarankan menggunakan Jambatan Pertama Pulau Pinang sebagai laluan alternatif.

Bagi pengguna dari arah Utara-Selatan yang ingin ke Batu Kawan Industrial Park dan Bandar Cassia, mereka dinasihatkan menyusuri Plaza Tol Bukit Tambun Utara.

JKSB meminta orang ramai mematuhi papan tanda dan arahan yang diberikan.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk maklumat trafik atau bantuan kecemasan.

Acara Penang 2nd Bridge PDRM Solidarity Fun Ride 2026 menyasarkan lebih 3,000 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata edisi keenam acara berbasikal waktu malam itu memberi pengalaman tersendiri.

“Acara ini memberi pengalaman tersendiri beriadah di jambatan terpanjang negara dalam suasana penuh semangat, sihat dan selamat,” katanya.

Program itu bertujuan meningkatkan kerjasama polis dengan masyarakat melalui sukan dan kempen pencegahan jenayah.

Kayuhan sejauh 52 kilometer bermula di Queensbay Mall, Bayan Baru dan melalui JSAHMS sebelum peserta kembali ke garisan penamat di pusat beli-belah berkenaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories