the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri didakwa terima deposit tanpa lesen, gubah wang haram lebih RM50 juta

IPOH: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 75 pertuduhan membabitkan penerimaan deposit tanpa lesen, menawarkan skim pelaburan tidak berdaftar dan pengubahan wang haram berjumlah RM52.893 juta sejak 2016 hingga 2024.

Mohammad Riza Ahmad Hambadley, 57, tidak bekerja, manakala isterinya Wan Ziraiza Wan Ismail, 55, seorang pensyarah di sebuah institusi pendidikan di Perak, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad dan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Fazarul Ezhar Mohd Mokhtar dan Nurul Nabila Azmi serta Timbalan Pendakwa Raya Bank Negara Malaysia (BNM) Steve Chin Yun Cheong dan Pegawai Pendakwa BNM Muhamad Atif Abdullah serta Harvind Raja Gopal.

Kes itu juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Hasil Jenayah Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Muhammad Zulfadli Mohd Nawawi, manakala peguam Datuk Yaacob Md Sam dan peguam Md Yunos Shariff mewakili kedua-dua tertuduh.

Bagi kes di bawah BNM, Mohammad Riza dan Wan Ziraiza didakwa atas empat pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 melalui satu skim yang melibatkan pembayaran di dalam Program Induk Kambing Baka Shami Pertubuhan Amal Kinta di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di No. 11A, Lorong Dewangsa 2, Batu Gajah antara 30 Nov 2016 hingga 15 Julai 2023 mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan di bawah SSM pula, Mohammad Riza didakwa atas lima pertuduhan menawarkan kepada individu berasingan untuk menjadi peserta dalam suatu skim pelaburan Program Induk Kambing Baka Shami (Program IKBS), yang skim itu tidak berdaftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 manakala Wan Ziraiza didakwa atas lima pertuduhan bersubahat dengan suaminya di lokasi sama, antara 3 Mac 2017 hingga 7 Jan 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3(2)(b) Akta Skim Kepentingan 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pengubahan wang haram, Mohammad Riza dan Wan Ziraiza didakwa atas 61 pertuduhan secara berasingan melibatkan sejumlah RM52,893,485.99 (RM52.893 juta) iaitu menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram antaranya bagi pembelian lot hartanah dan kenderaan di Perak antara 2016 hingga 2024.

Mereka didakwa di bawah perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Tertuduh berdepan penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Yaacob memohon agar ikat jamin berjumlah RM150,000 untuk kesemua 75 pertuduhan terhadap Mohammad Riza manakala RM100,000 untuk Wan Ziraiza dan jumlah itu dipersetujui kesemua pihak pendakwaan.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin masing-masing berjumlah RM100,000 beserta seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 4 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings