Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia perkukuh perpaduan dan terus maknai reformasi demi kemakmuran inklusif pada tahun baharu 2026.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia melangkah ke tahun baharu 2026 dengan semangat kebersamaan dan tekad jitu untuk memperkukuh perpaduan.
Beliau turut mengajak rakyat bersama memaknai reformasi secara berterusan dan memastikan kemakmuran negara dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.
Anwar menyampaikan seruan itu menerusi mesej tahun baharu yang dimuat naik di laman Facebooknya.
“Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan,” katanya.
Beliau menegaskan kerajaan akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan demi manfaat nyata kepada rakyat.
Kerajaan juga beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan kejujuran untuk menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.
Dalam mesej itu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendoakan kesejahteraan negara kekal terpelihara.
“Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia,” kata Perdana Menteri.
Beliau dan Azizah mendoakan agar negara terus kekal aman, harmoni dan makmur.








