Seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an maut selepas ditembak di sebuah restoran makanan segera di Banting, Kuala Langat
BANTING: Seorang lelaki maut selepas ditembak di sebuah restoran makanan segera di Banting, Kuala Langat, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 11.05 malam.
“Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerima maklumat daripada MERS 999 mengenai satu kejadian tembakan di sebuah restoran di kawasan Banting yang melibatkan kematian seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an,” katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beberapa kelongsong peluru kelihatan bertaburan di lantai restoran berkenaan dalam rakaman video tersebut.








