the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lebih 400 individu kes sindiket penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lebih 400 individu disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian ditahan di ibu negara, Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata satu sidang media akan dilakukan dalam masa terdekat berhubung kes berkenaan.

“Saya sahkan perkara itu berlaku dan tangkapan melibatkan jumlah yang ramai,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan polis menumpaskan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara selepas menahan lebih 100 individu dalam serbuan di sebuah menara komersial di Bangsar South di sini.

Ia turut mencetuskan spekulasi di media sosial yang mendakwa bangunan itu mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat atau broker dalam talian serta didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia selain berdepan rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang.

Dalam perkembangan berasingan, Fadil berkata dua kejadian melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi swasta di Setapak yang terjatuh dari sebuah kondominium di Persiaran Pertahanan, Taman Melati, di sini pada 20 Ogos lepas, tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan secara menyeluruh termasuk dakwaan berlakunya kejadian buli.

“Siasatan itu di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan selari dengan kertas siasatan yang dibuka di bawah mati mengejut,“ katanya.

Dalam insiden pertama pada 6.48 pagi, seorang pelajar wanita berusia 22 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 22 dan ditemukan di tingkat lapan kondominium itu sebelum disahkan meninggal dunia.

Bedah siasat mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan dialami akibat terjatuh dari tempat tinggi dan pemeriksaan di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam insiden kedua pada 9.35 malam, seorang lelaki berumur 21 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 35 dan ditemukan di bahagian belakang kondominium itu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan mendedahkan kedua-dua mangsa belajar di kolej swasta yang sama. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings