the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aminuddin Harun dilantik Ahli Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli (PH-Pandan) bagi tempoh Parlimen Ke-15.

Usul yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran mengikut Peraturan 76 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat itu diluluskan dengan suara majoriti Ahli Parlimen.

Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan dianggotai enam ahli jawatankuasa.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan Anthony Loke (PH-Seremban) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

Selain itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings