the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MTBC sasarkan dua emas tenpin boling di Sukan SEA 2025 Thailand

KUALA LUMPUR: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menyasarkan dua pingat emas daripada keseluruhan enam acara disertai skuad negara di Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini.

Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok berkata sasaran tersebut selepas nama-nama besar seperti Muhammad Rafiq Ismail, Natasha Mohamed Roslan dan Sin Li Jane disahkan mengetuai cabaran negara di samping pemain pelapis.

“Bagi pemain lelaki dibarisi Muhammad Rafiq, Muhammad Syazirol Shamsudin, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Tsen Fan Yew.

“Manakala pemain wanita dibarisi Li Jane, Natasha, Adania Mohd Redzwan dan Nur Hazirah Ramli,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, persembahan pemain pelapis dinamakan telah membuktikan kemampuan meyakinkan untuk berada dalam senarai ke temasya dwitahunan itu.

Untuk rekod, kali terakhir tenpin boling dipertandingkan pada Sukan SEA 2019 di Manila menyaksikan Malaysia membawa pulang dua pingat menerusi Timmy Tan (inidvidu lelaki) dan berpasukan lelaki. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings