the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

626 banduan dilepaskan secara berlesen sempena Hari Kebangsaan 2025

KAJANG: Sebanyak 626 banduan lelaki dan wanita di seluruh negara dilepaskan secara berlesen sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Kemasyarakatan) Ahmad Faudzi Awang menyatakan pemilihan dilakukan oleh jawatankuasa khas di bawah Komisioner Penjara.

“Hanya yang benar-benar layak diberi peluang kembali ke pangkuan keluarga, majikan atau ditempatkan di rumah perantaraan,” katanya.

Beliau menekankan pemilihan dibuat berdasarkan syarat ketat termasuk tempoh hukuman minimum, rekod disiplin baik serta lulus ujian psikologi.

Seramai 77 banduan daripada jumlah tersebut terdiri daripada banduan di Kompleks Penjara Kajang.

Ahmad Faudzi berkata PBSL bukan sahaja memberi peluang kedua kepada banduan untuk kembali ke dalam masyarakat, malah membantu kerajaan menjimatkan kos pengurusan penjara.

“Pada 2024, Jabatan Penjara telah menjimatkan lebih 29 juta ringgit melalui pelaksanaan program ini,” katanya.

Setakat Julai tahun ini sahaja, penjimatan mencecah 18.1 juta ringgit.

Setakat Julai lepas, 13,844 banduan dilepaskan secara berlesen, manakala secara keseluruhan lebih 23,000 banduan diberi pelepasan sama ada melalui lesen, parol atau Perintah Kehadiran Wajib (PKW).

Kadar kesalahan berulang dalam kalangan bekas banduan yang mengikuti program pelepasan kekal rendah pada paras 0.8%.

“Sebagai contoh, ada bekas banduan yang bermula bekerja di restoran makanan segera dan berjaya naik hingga ke jawatan pengurus,” katanya.

Jabatan Penjara turut bekerjasama rapat dengan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Kerjasama ini bagi memperluas peluang pekerjaan kepada bekas banduan sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Seorang prospek yang terpilih menyertai PBSL dan hanya mahu dikenali sebagai Michael, 36, berazam untuk menggunakan peluang berkenaan sebaik mungkin.

“Akibat satu kesilapan membabitkan pelaburan, saya menerima hukuman tiga tahun penjara,” katanya.

Beliau mengakui pengalaman di penjara memberi pengajaran besar dan berharap ada majikan yang akan menerimanya bekerja berdasarkan lapan tahun pengalaman dalam sektor korporat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings