the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi Segamat magnitud 3.2 tiada laporan kerosakan atau kecederaan

SEGAMAT: Tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gegaran lemah bermagnitud 3.2 yang berlaku di daerah ini pada 8.59 pagi tadi.

Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dalam kenyataan memaklumkan pusat gegaran dikesan berhampiran kawasan Segamat dan turut dirasai penduduk di daerah serta beberapa kawasan lain di Johor dan selatan Pahang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta pihak berkuasa keselamatan dan agensi berkaitan sedang memantau keadaan itu bagi memastikan daerah ini berada dalam keadaan selamat terutamanya untuk orang awam.

“Orang ramai diminta bertenang, tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan mendapatkan perkembangan terkini melalui saluran rasmi seperti MetMalaysia serta agensi kerajaan berkaitan.

“Mereka juga digalakkan melaporkan sebarang insiden kecemasan kepada pihak berkuasa dan JPBD Segamat akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk,” katanya.

MetMalaysia hari ini mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang.

Pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 kilometer. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings