the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Masyarakat perlu pastikan produk ada sijil halal JAKIM, kata Zulkifli

NILAI: Masyarakat Islam terutama pengusaha premis makanan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan memastikan sesuatu produk yang dibeli atau dimakan mempunyai pensijilan halal yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pensijilan halal JAKIM antara yang terbaik di dunia dan masyarakat perlu yakin dengan standard diguna pakai.

Beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani isu ketiadaan halal dan menasihati orang awam supaya mengambil kira semua perkara dan sensitiviti.

“Insya-Allah di Malaysia kita mempunyai rakyat yang prihatin terhadap isu kehalalan,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Rakan Siswa (RSY) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada 30 peserta di sini hari ini.

Zulkifli menekankan prinsip tabayyun atau semak maklumat itu penting agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat serta menganggu gugat ketenteraman awam.

Beliau mengulas laporan media mengenai lebih 14,000 peket ayam sejuk beku dengan berat 29 tan yang diimport dari China dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak di Pelabuhan Klang pada 12 Ogos lepas.

Setiap peket barangan itu didapati tertera logo halal JAKIM selain turut dilabel dengan logo Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dengan pembungkusannya menggunakan Bahasa Melayu.

Dalam perkembangan berasingan, Zulkifli berkata majlis wacana cendekiawan MADANI Malaysia Indonesia (MALINDO MADANI) dijangka diperluas ke Jakarta, Indonesia tahun depan.

“Sebenarnya sudah ada perbincangan awal, malah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada menyebut di beberapa negara mengenai idea ini termasuk ke Timur Tengah,“ katanya.

Beliau menyatakan dengan gerak kerja yang ada, mereka akan mengarusperdanakan idea MADANI ini ke seluruh dunia.

MALINDO MADANI merupakan inisiatif strategik menghimpunkan para sarjana, pemimpin pertubuhan Islam, pembuat dasar dan tokoh masyarakat dari Malaysia-Indonesia serta negara serantau.

Inisiatif ini membincangkan agenda peradaban berteraskan nilai Malaysia MADANI dan memperkukuh persefahaman rentas budaya dan agama.

Pelaksanaan MALINDO MADANI turut memartabatkan nilai keilmuan serta mengangkat peranan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam di peringkat Nusantara dan global.

Mengenai program hari ini, Zulkifli berkata pelantikan RSY merupakan antara langkah melestari gerakan dakwah di negara ini untuk generasi muda dan pelajar.

Program ini juga menyokong dan memperkasakan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ilmu, kesejahteraan serta pembinaan masyarakat berakhlak mulia.

Beliau berkata setakat ini, RSY mempunyai 1,650 pimpinan membabitkan institut pendidikan guru, politeknik, institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

RSY turut mempunyai empat pemimpin luar negara iaitu dari Mesir, Jordan, Korea Selatan dan Arab Saudi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings