the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BNM rekod RM11.5b transaksi pembayaran tanpa tunai pada 2023

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan jumlah transaksi urus niaga pembayaran tanpa tunai sebanyak RM11.5 bilion pada tahun lepas, antara lain disumbang faktor ketersediaan liputan 4G dan 5G serta perkhidmatan Internet di seluruh negara.

Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong (gambar) berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding RM9.5 bilion pada 2022 dan RM7.2 bilion pada 2021.

“Kementerian juga akan terus mengadakan kolaborasi dengan pelbagai pihak dalam usaha menggalakkan usahawan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai seiring dengan perkembangan teknologi.

“Dalam hal ini, BNM merupakan agensi peneraju utama dalam usaha mempromosi penggunaan e-pembayaran dalam kalangan pengguna dan peniaga bagi merancakkan transaksi digital yang mudah dan selamat,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Menerusi projek JENDELA yang dilaksanakan Kementerian Komunikasi sebelum ini, beliau berkata liputan rangkaian 4G sedang diluaskan ke seluruh negara agar 100 peratus liputan di kawasan berpenduduk (CoPA) dapat dicapai menjelang 2025.

Beliau berkata Digital Nasional Berhad (DNB) juga akan menyiapkan 7,509 tapak 5G di seluruh negara bagi meningkatkan lagi capaian 5G.

Ketersediaan 100 peratus kawasan berpenduduk untuk rangkaian 4G dan penyiapan keseluruhan 7,509 tapak 5G, beliau berharap penggunaan pembayaran secara digital khususnya dalam kalangan usahawan kecil akan dapat diperluas di seluruh negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings