the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Wong (gambar) menarik diri ketika ketinggalan 8-12 pada set pertama menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini hari ini.

Pemain ranking ke-15 dunia itu disyaki mengalami kecederaan belakang apabila melompat untuk melakukan smash ketika kedudukan terikat 7-7.

Sejurus selepas itu, Tze Yong hampir tidak dapat bergerak dan tidak dapat membalas pukulan daripada Watanabe, memaksanya untuk akhirnya berundur apabila ketinggalan 8-12.

Tze Yong mengakui bahawa beliau mengalami kesakitan yang amat sangat sebelum menarik diri dan mengesyaki bahawa mungkin mengalami kecederaan belakang.

“Ya, (mengalami) kecederaan belakang ketika melakukan smash. Saya berasa kaku dan tidak boleh bergerak. Tidak berasa apa-apa sebelum perlawanan, tetapi ia sangat menyakitkan sehingga kini,” katanya sambil menambah beliau kecewa untuk memulakan perlawanan pembukaan musimnya dengan cara yang mengecewakan dan di hadapan penyokong tuan rumah.

Ini adalah penyingkiran awal ketiga berturut-turut Tze Yong di Terbuka Malaysia, setelah tewas 21-19, 19-21, 15-21 kepada Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan kedua tahun lalu dan 16-21, 23-21, 18-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu dalam pusingan pembukaan pada 2022.

Watanabe akan bertemu Anders Antonsen pada pusingan kedua selepas pemain Denmark itu menewaskan wakil India, H.S. Prannoy 21-14, 21-11 pada pusingan pembukaan.

Semalam, seorang lagi pemain perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia tersingkir pada pusingan pertama selepas tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada Guang Zu.

Sementara itu, pilihan kedua Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan terbukti terlalu hebat dan sukar ditandingi beregu wanita negara Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing apabila tumpas 14-21, 13-21.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-17, 22-20 ke atas Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand.

Sze Fei mengakui bahawa keputusan mereka untuk memperlahankan rentak pada pertengahan permainan set kedua membolehkan lawan mereka mengutip mata.

Beliau berkata mereka bagaimanapun berjaya mendapatkan semula ketenangan untuk melakar kemenangan dan menetapkan kemungkinan perlawanan pusingan kedua menentang rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dengan syarat juara dunia 2022 itu boleh mengatasi beregu Denmark, Rasmus Kjaer -Frederik Sogaard lewat hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings