the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ambil upah khianat api, baling cat ditahan

IPOH: Polis menahan dua lelaki di Taman Badrishah, Lahat, di sini semalam sekali gus menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes khianat dengan api dan baling cat di sekitar bandar raya ini yang mencetuskan ketakutan kepada mangsa dan komuniti setempat.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata suspek berusia 27 dan 44 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Besar Chemor, di sini pada kira-kira 6.30 petang.

“Pihak polis turut membuat rampasan barang kes antaranya sebuah kereta jenis Proton Saga BLM, telefon bimbit dan pakaian,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek melakukan kerja khianat itu selepas melihat iklan di Facebook bagi mendapat upah dan tidak mengenali individu yang mengupah mereka, malah hanya berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mereka mengaku mula buat kerja itu sejak awal bulan ini, tetapi kami percaya mereka bukan baru melakukan kerja ini dan siasatan masih berjalan,“ katanya.

Yahaya berkata semakan lanjut mendapati kedua-dua lelaki itu masing-masing mempunyai 13 dan 20 rekod jenayah dan narkotik, manakala ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata suspek direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Awal pagi semalam, pihak bomba menerima panggilan berhubung sebuah kereta jenis Proton X50 terbakar 30 peratus pada bahagian hadapan kereta yang diparkir dalam garaj selain berlaku unsur khianat melibatkan bahagian rumah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings