the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ekonomi Malaysia terus kukuh seiring dengan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Peningkatan indeks pasaran saham negara, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada paras tertinggi tahun ini iaitu 1,567.57 mata di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan bahawa ekonomi Malaysia akan terus menguat.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar) berkata FBM KLCI hari ini mencecah paras 1,567.57 mata pada paras tertinggi harian menjelang 11 pagi, sebelum ditutup pada paras 1,561.64 mata.

Menurutnya walaupun sentimen negatif terus dimainkan oleh pihak pembangkang, sentimen ini tidak sama dengan keadaan yang berlaku di pasaran.

“Bursa Malaysia telah menunjukkan peningkatan secara konsisten sejak 12 bulan lepas untuk mencecah paras tertinggi pada paras 1,567.57 mata pagi tadi.

“Peningkatan berterusan yang konsisten ini bersamaan dengan kenaikan 14.45 peratus pulangan tahunan kepada pelabur,” katanya dalam hantaran di laman X (Twitter) rasminya hari ini.

Rafizi berkata dana-dana rakyat yang dikendalikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Permodalan Nasional Bhd, Khazanah Nasional Bhd, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera adalah antara pemegang saham terbesar syarikat-syarikat di Bursa Malaysia.

“Apabila pasaran saham naik secara konsisten dalam setahun yang lepas dan memberi peningkatan 14.45 peratus dalam pulangan tahunan, ini akan dapat diterjemahkan dalam bentuk keuntungan yang lebih besar kepada rakyat pada masa hadapan sekiranya maraton ini dapat diteruskan.

“Tanggungjawab membaiki ekonomi negara memerlukan perspektif jangka panjang. Namun, peningkatan yang berlaku (tanpa kita sedar) seperti hari ini memberi pengesahan bahawa ekonomi kita akan terus menguat,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings