the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar) berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Tentang rombakan, tiada perbincangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini, ketika ditanya mengenai desas-desus kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal akan digugurkan dan dakwaan rombakan berkenaan hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Okt ini.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata mesyuarat Jemaah Menteri, membincangkan mengenai isu bekalan dan harga beras dengan beberapa keputusan penuh berhubung perkara itu, telah dibuat.

“Saya difahamkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, akan mengadakan sidang media untuk memberi maklumat penuh tentang beberapa keputusan yang telah dibuat. Kita tunggu perkara itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

“Pada waktu ini, tidak ada perbincangan dalam Jemaah Menteri mengenai sebarang cadangan kembalikan akta itu, jadi perkara ini tidak timbul.

“Sebelum ini saya dan Timbalan Menteri (Teo Nie Ching) ada menyebut bahawa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sedang disemak semula, tetapi kita belum lagi bersedia untuk bawa ke Parlimen, kerana proses libat urus sedang berjalan,” katanya.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan di Parlimen pada 27 Mac 2018 dan diluluskan pada 2 April tahun sama, sebelum dimansuhkan pada 19 Dis 2019.

Pemansuhan itu selaras dengan komitmen kerajaan ketika itu untuk memansuhkan undang-undang zalim, serta memastikan pihak media mempunyai kebebasan menjalankan proses semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

De Beers shares latest research on US consumer trends

De Beers' latest US consumer study found natural diamonds remain the most desired luxury jewellery, with Gen Z emerging as a major buyer. The report also highlights rising average purchase values and growing demand for non-bridal and self-purchase occasions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings