the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemboja lapor 4 kes baharu varian JN.1

PHNOM PENH: Kemboja mengesan empat kes pertama membabitkan varian baharu Covid-19 JN.1 yang berkait rapat dengan varian BA.2.86, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

“Keputusan yang diperoleh daripada Institut Pasteur di Kemboja pada 28 Dis mengesahkan empat orang didapati positif Covid-19 varian JN.1

“Kesemua pesakit telah menerima rawatan dan telah pulih tetapi mereka masih perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” Xinhua memetik kenyataan kementerian itu pada Khamis.

Varian Covid-19 JN.1 telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai “varian mempunyai kepentingan” bukan “varian yang membimbangkan”.

Varian JN.1 pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada September dan dianggap “berisiko rendah” untuk kesihatan awam, menurut WHO. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings